suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon 'Winter Sonata' Sambut Kelahiran Bayi Lelaki

Bae Yong Joon dan isterinya, Park Soo Jin berkahwin pada Julai tahun lalu.

PELAKON yang terkenal menerusi drama bersiri Winter Sonata pada tahun 2002 iaitu Bae Yong Joon dilaporkan menimang cahaya mata lelaki pada Ahad lalu.

Soompi melaporkan isterinya, Park Soo Jin bersalin di sebuah hospital swasta di Gangnam dan keadaan kedua-dua mereka dalam keadaan baik.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu, Yong Joon paling gembira dengan berita berkenaan kerana teruja dapat bergelar bapa.

"Yong Joon sentiasa berada di sisi isterinya sepanjang proses kelahiran dan dia adalah lelaki paling gembira ketika ini.

"Keadaan ibu dan bayi lelaki mereka juga sihat dan akan dibenarkan keluar daripada hospital dalam waktu terdekat," kata sumber itu.

Pasangan itu berkahwin pada Julai tahun lalu dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama tahun ini.

Bae Yong Joon, Winter Sonata

Artikel Lain