suria

Dennis Quaid Bercinta Dengan Model 32 Tahun Lebih Muda

Dennis Quaid bersama teman wanitanya, model Santa Auzina ketika bercuti di Kanada.
PELAKON Dennis Quaid dilaporkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan model kelahiran Kanada, Santa Auzina yang 32 tahun lebih muda daripadanya.

Page Six melaporkan hubungan pasangan itu semakin hangat apabila Santa banyak memuat naik gambar mesra bersama Dennis, 62, ketika bercuti di Kanada baru-baru ini.

Malah mereka dilihat banyak menghabiskan masa di kelab selain melawat tempat bersejarah termasuk Notre-Dame Basilica di Montreal, Kanada.

Dennis juga sedang menjalani penggambaran filem The Art of More di negara berkenaan.

Pelakon itu baharu sahaja bercerai dengan Kimberly Buffington-Quaid pada Jun lalu selepas wanita berkenaan memfailkan perceraian tersebut.

"Selepas menimbangkan pelbagai perkara kami membuat keputusan untuk menamatkan perkahwinan kami yang dibina sejak 12 tahun lalu.

"Kami akan kekal sebagai sahabat dalam memberikan komitmen terhadap membesarkan anak-anak kami," kata pasangan itu dalam satu kenyataan bersama berhubung perceraian mereka.

Dennis dan Kimberly berkahwin pada 2004 dan mereka mempunyai sepasang anak kembar, Thmoas Grace dan Zoe Grace yang kini berusia lapan tahun.

Dennis Quaid, Santa Auzina

Artikel Lain