suria

Robbie Williams Kembali Sertai Take That

Robbie Williams dilaporkan bakal kembali kepangkuan kumpulan Take That.

PENYANYI Robbie Williams dilaporkan kembali menyertai kumpulan Take That dan mereka bakal muncul dengan single terbaharu dalam masa terdekat ini.

Daily Mail melaporkan Take That bakal melancarkan album Greatest Hits bersempena sambutan ulangtahun ke 25 kumpulan itu dan sedang merakamkan beberapa buah lagu baharu untuk album berkenaan.

"Mereka kini sedang sibuk menyiapkan beberapa lagu untuk album berkenaan malah Robbie banyak terlibat dari segi penulisan dan mencipta melodi," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Take That pada era 90-an.

Take That turut dianggotai oleh Gary Barlow, Mark Owen dan Howard Donald.

Robbie pertama kali meninggalkan kumpulan itu pada tahun 1995 sebelum kembali menyertai Take That pada 2010 dan mereka melancarkan album berjudul Progress ketika itu.

Bagaimanapun Robbie bertindak keluar dua tahun kemudian namun Gary dalam satu temubual memaklumkan mereka terbuka sekiranya dia ingin kembali menyertai That That.

Robbie Williams, Take That

Artikel Lain