suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agensi Nafi Park Seo Joon Cedera Ketika Penggambaran

AGENSI Key East Entertainment menafikan artis bawah naungannya Park Seo Joon mengalami kecederaan di kaki ketika menjalani penggambaran drama berjudul Hwarang.

Sebaliknya mereka menjelaskan kesihatan aktor tersebut terjejas sebelum penggambaran itu bermula lagi.

Katanya, jadual kerja yang padat membuatkan pelakon tersebut terlalu penat dan berada dalam keadaan kurang baik.

"Kecederaan yang dialami bukan kerana ketika penggambaran, dia menjalani penggambaran drama tersebut dengan lancar.

"Beliau kurang sihat kerana terlalu penat dengan jadual kerja yang padat sehingga kesihatan terjejas," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan kesihatan aktor itu semakin pulih dan kini sedang mendapatkan rawatan secukupnya.

Park Seo Joon

Artikel Lain