suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat Botakkan Kepala Kerana Lee Min Ho

Lee Min Ho.

SEORANG peminat Lee Min Ho bertindak mencukur rambutnya sehingga botak kerana ingin membuktikan rasa cintanya terhadap aktor berkenaan.

Allkpop melaporkan wanita yang berusia pertengahan 20-an itu mendakwa dia berasa rungsing kerana selalu memikirkan Min Ho dan berharap tindakannya itu mendapat perhatian pelakon itu.

Tambahnya lagi, dia akan sentiasa menunggu Min Ho kerana begitu menyangjungi lelaki itu selain menyimpan hasrat bertemu dengannya.

Bagaimanapun peminat aktor itu menyelar tindakan wanita berkenaan yang disifatkan sebagai sia-sia.

Namun ada di antara mereka pula berpendapat Min Ho seorang yang pentingkan diri kerana tidak memperdulikan tindakan peminatnya itu.

Lee Min Ho

Artikel Lain