suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janet Jackson Nafi Hidap Kanser Tekak

Janet Jackson
PENYANYI Janet Jackson tampil menafikan mengenai khabar angin dia sedang menghidap kanser tekak sehingga terpaksa membatalkan konsert jelajahnya, Unbreakable Tour pada Disember lalu.

Menurut laporan People.com, Janet menerusi akaun Twiter miliknya pada Rabu lalu meminta peminat-peminatnya untuk tidak mudah percaya dengan khabar angin yang bukan datang daripadanya.

"Ingatlah, percayalah perkara yang hanya datang daripada saya. Khabar angin itu tidak benar.

"Saya tidak mempunyai kanser. Tetapi saya semakin sembuh. Doktor membenarkan saya membuat konsert di Eropah seperti yang dijanjikan," katanya.

Pada 25 Disember lalu, Janet membuat pengumuman terpaksa menangguh konsert jelajahnya itu bagi menjalani satu pembedahan.

Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Rhythm Nation itu tidak menjelaskan apakah sebab pembedahan berkenaan dibuat.
Janet Jackson

Artikel Sebelum

Artikel Lain