suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Ha Neul Bercinta Dengan Ahli Perniagaan Kaya

PELAKON Kim Ha Neul dikhabarkan kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang usahawan yang berusia lebih muda daripadanya.

Sumber terdekat memberitahu bahawa kekasih Kim Ha Neul merupakan seorang usahawan yang terkenal, kacak dan berasal daripada golongan hartawan.

Tambahnya lagi, hubungan pasangan tersebut turut mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.

"Kim Ha Neul sedang menjalinkan hubungan dengan seorang usahawan. Mereka mula mengenali antara satu sama lain setelah dikenalkan oleh seorang rakan terdekat.

"Keluarga mereka juga tahu tentang hubungan tersebut dan orang tua Kim Ha Neul juga suka lelaki itu," ujar sumber.

Sementara itu, agensi bintang ini juga sudah mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan khabar angin tersebut.

Katanya menerusi kenyataan itu, pasangan tersebut sudah menjalinkan hubungan istimewa sejak setahun lalu.

"Dia sudah bercinta dengan usahawan itu yang berusia setahun lebih muda sejak setahun lalu. Hubungan kedua-duanya berjalan dengan baik tapi belum ada perancangan untuk berkahwin," ujarnya.

Kim Ha Neul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain