suria

Sean Penn & Charlize Theron Putus Tunang

Sean dan Charlize dilaporkan sudah memutuskan tali pertunangan mereka baru-baru ini.

PELAKON Sean Penn dan Charlize Theron dilaporkan telah memutuskan ikatan pertunangan mereka selepas hampir dua tahun bersama.

Menurut laporan Us Magazine, Charlize yang menamatkan hubungan tersebut selepas aktres itu menghadiri Festival Filem Cannes di Selatan Perancis baru-baru ini.

Pasangan itu yang berpacaran sejak Disember 2013 bertunang secara rahsia ketika bercuti di Paris tahun lalu.

Sean, 54, dalam satu temubual sebelum ini memberitahu dia terkejut kerana jatuh cinta dengan Charlize, 39, dan menyifatkan hubungan tersebut sebagai saling melengkapi.

Bagaimanapun kedua-dua pasangan itu masih mengunci mulut mereka daripada memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Sean Penn, Charlize Theron.

Artikel Lain