suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2NE1 Tidak Dibubarkan, Bakal Muncul Single Baharu

2NE1
KUMPULAN 2NE1 dikatakan bakal membuat kemunculan semula dengan single terbaharu selepas menyepikan diri daripada bidang nyanyian sejak Oktober tahun lalu.

Soompi melaporkan 2NE1 sudah beberapa kali dilaporkan akan membubarkan kumpulan itu disebabkan salah seorang ahlinya kini aktif bergerak secara solo.

Namun baru-baru ini menerusi sebuah blog rasmi YG Entertainment mengumumkan bahawa 2NE1 tidak akan dibubarkan.

"Kumpulan itu tidak akan dibubarkan meskipun ada diantara ahlinya kini masih aktif bergerak secara solo.

"2NE1 akan kembali dengan karya baharu pada tahun ini dan kini mereka sedang dalam proses merakan beberapa single," kata pihak pengurusan YG Entertainment.
2NE1

Artikel Lain