suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akaun Palsu Paksa Lee Min Ho Punyai Instagram Sendiri

PELAKON Lee Min Ho mengambil keputusan untuk membuka akaun Instagram peribadinya baru-baru ini selepas terdapat beberapa akaun Instagram palsu yang menggunakan namanya.

Soompi melaporkan, Lee membuka akaun tersebut untuk memudahkan para peminatnya supaya tidak tersalah mengikut akaun palsu tersebut dan mengakui dia cuma mempunyai satu akaun Instagram sahaja.

"Saya juga telah membuka akaun Instagram sendiri disebabkan terdapat banyak akaun palsu.  Akulah Lee Min Ho. Jangan menyamar sebagai saya," kata Lee menerusi sebuah kapsyen pada gambar di Instagramnya.

Kehadiran Lee di Instagram telah lama dinantikan oleh peminatnya dan ini jelas terbukti apabila dia sudah mempunyai 300 ribu orang pengikut dalam masa dua hari.

Rata-rata pengikut di Instagram mahu melihat perkembangan terkini daripada pelakon tersebut.

Bagaimanapun, Lee Min Ho dilihat tidak mempunyai banyak masa untuk mengemaskini akaun tersebut kerana sehingga kini dia hanya memuat naik dua keping gambar sahaja.
Lee Min Ho

Artikel Lain