suria

Jung Ryeo Won Terima Ugutan Bunuh

Ryeo Won menerima ugutan bunuh dan hadiah pelik daripada individu tidak dikenali.

PELAKON Jung Ryeo Won mendedahkan dia pernah menerima ugutan selain menerima pelbagai hadiah pelik daripada individu tidak dikenali.

Soompi
melaporkan bintang drama bersiri My Name Is Kim Sam Soon ini memeritahu dia juga pernah menerima kiriman sampul mempunyai pisau tajam.

Selain itu, dia juga memaklumkan ada sesetengah individu yang membencinya berpura-pura menjadi peminat dan mengirimkan peralatan solek sebagai hadiah.

"Saya berasa ragu-ragu apabila menerima alat solek itu lalu mencium terlebih dahulu dan mendapati ia mempunyai bau asid cuka," katanya ketika diundang dalam program Healing Camp baru-baru ini.

Tambah Ryeo Won, dia berasa bimbang dan takut dengan ancaman tersebut namun tidak mengetahui punca sebenar ada pihak membencinya sehingga sanggup membuat pelbagai ancaman.

Jung Ryeo Won.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain