suria

Robert Downey Jr. Bengang Disoal Hal Peribadi

Robert Downy Jr

AKTOR Hollywood Robert Downey Jr berang dengan tindakan pengacara United Kingdom Chanel 4, Krishnan Guru-Murthy kerana bertanya mengenai hal berkaitan peribadinya.

Robert yang kelihatan tidak selesa dengan soalan Krishnan itu bertindak berjalan keluar ketika rakaman temu bual itu berlangsung.

Krishnan ketika menemubual Robert bertanya mengenai zaman gelap aktor itu termasuk melibatkan masalah keluarga, dadah dan alkohol sedangkan temu bual itu sepatutnya berkaitan promosi filem terbaharu yang dibintangi aktor itu, Avengers:Age Of Ultron.

"Sebab saya tanya mengenai kisah lama anda kerana sebelum ini anda pernah ditemubual mengenai hubungan dengan bapa anda selain ketika zaman gelap yang dilalui termasuklah pengambilan dadah dan alkohol.

"Saya tertanya-tanya jika anda sudah bebas daripada semua perkara itu," tanya Krishnan.

Robert kemudiannya membalas: "Maafkan saya, apa yang kita buat sekarang ini?" dan bangun meninggalkan tempat duduknya.

Robert Downy Jr

Artikel Sebelum

Artikel Lain