suria

Pelakon 'Winter Sonata' Kahwin Di Bali

Ryu Seung Soo berkahwin pada usia 44 tahun.

PELAKON yang pernah membintangi drama bersiri popular Winter Sonata iaitu Ryu Seung Soo dilaporkan sudah berkahwin dengan teman wanitanya baru-baru ini.

Soompi melaporkan Seung Soo, 44, disatukan dengan wanita berkenaan di Pulau Bali, Indonesia yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat mereka sahaja.

"Seung Soo memilih untuk berkahwin di Bali kerana isterinya bukan di kalangan selebriti dan dia mahu majlis itu dibuat secara tertutup.

"Hanya keluarga dan teman rapat sahaja yang hadir dan mereka turut mengambil kesempatan untuk berbulan madu di Pulau Dewata," ujar wakil syarikat pengurusan Seung Soo iaitu Entertainment Tong.

Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta selama enam bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin namun identiti wanita berkenaan tidak didedahkan.

Dikhabarkan wanita berkenaan merupakan seorang pemilik kedai bunga dan model sambilan.

Ryu Seung Soo, Winter Sonata.

Artikel Lain