Lee Min Jung Tertekan Kisah Skandal Suami - Bintang Global | mStar

Lee Min Jung Tertekan Kisah Skandal Suami

Min Jung dan Byung Hun baru saja mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

AKTRES Lee Min Jung  rupa-rupanya cukup tertekan dengan skandal yang menimpa suaminya, aktor, Lee Byung Hun.

Menurut laporan Allkpop, wanita itu telah pun meninggalkan rumah keluarga Byung Hun yang terletak di Gwangju untuk pulang ke pangkuan kedua-dua orang tuanya di Gangnam.

"Selepas pulang dari Paris beberapa hari lalu, Min Jung sempat tinggal untuk beberapa hari di rumah Byung Hun, namun pada Khamis lalu, dia telah ke Gangnam, rumah ibu bapanya," kata sumber.

Tambah sumber itu lagi, Min Jung benar-benar runsing dengan isu suaminya itu dan mahu menenangkan fikirannya.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Min Jung, S Team Entertainment menolak untuk memberikan sebarang komen lanjut berhubung keadaan artisnya itu.

Minggu lalu, Byung Hun dilaporkan telah diperas ugut oleh salah seorang anggota Glam, Dahee dan model Lee Ji Yeon.

Berhubung kes itu, isu lain pula yang terbongkar kerana rupa-rupanya dua wanita yang memeras ugut Byung Hun itu adalah skandalnya.

Mereka menjalinkan hubungan selama tiga bulan sebelum aktor itu diugut.

Lee Min Jung , Lee Byung Hun

Artikel Sebelum

Foto Bogel Kim Kardashian Tersebar

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain