suria

Promosi MAS Tawar Diskaun Sehingga 30 Peratus

KUALA LUMPUR: Tawaran Mega Malaysia Airlines kini kembali dengan diskaun sehingga 30 peratus bagi tiket penerbangan kelas perniagaan dan ekonomi untuk tempoh 11-18 Ogos, 2017.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, syarikat penerbangan nasional itu berkata promosi berkenaan adalah untuk tempoh perjalanan segera sehingga 9 Disember 2017.

Promosi itu turut ditawarkan menerusi ejen pelancongan Malaysia Airlines di Pameran Pengembaraan Antarabangsa Malaysia selama tiga hari di Pusat Pameran Mid Valley pada 11-13 Ogos ini.

Menurut kenyataan itu, pelanggan boleh menikmati tawaran inklusif kelas ekonomi pada harga serendah RM1,009 ke Beijing, Nanjing dan Fuzhou; RM1,109 ke Mumbai dan RM1,229 ke Seoul dan Tokyo.  Penerbangan kelas perniagaan pula ditawarkan pada harga serendah RM869 ke Jakarta; RM1,649 ke Chennai dan  RM11,999 ke London.

Kesemua tawaran itu adalah bagi penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan menerusi aplikasi MHmobile atau di laman web www.malaysiaairlines.com sehingga 18 Ogos ini.-- Bernama

MAS

Artikel Sebelum

Artikel Lain