suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IPP Malaysia Meningkat Pada Julai

KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Julai 2016 meningkat secara sederhana sebanyak 4.1 peratus dengan pertumbuhan dicatatkan sektor pembuatan, perlombongan dan elektrik.

Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan pada Jumaat, peningkatan sektor pembuatan adalah sebanyak 3.3 peratus, perlombongan 6.1 peratus manakala elektrik 7.1 peratus.

IPP pada Jun 2016 sebaliknya kekal sebanyak 5.3 peratus bagi tahun ke tahun.

Bagi terma pelarasan musim, kata jabatan itu, IPP pada Julai 2016 turun sebanyak 0.7 peratus berikutan kejatuhan dalam semua indeks iaitu pembuatan (1.7 peratus), perlombongan (0.9 peratus) dan elektrik (0.1 peratus.

Dari segi prestasi, sektor pembuatan mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 3.3 peratus pada Julai 2016 selepas peningkatan 4.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Subsektor utama yang mencatat pertumbuhan pada Julai 2016 adalah produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.5 peratus); produk peralatan elektrik dan elektronik (4.1 peratus) serta produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam direka (4.1 peratus).

Output sektor perlombongan berkembang sebanyak 6.1 peratus pada Julai 2016 selepas peningkatan 6.3 peratus pada Jun, didorong kenaikan tinggi indeks minyak mentah sebanyak 13.9 peratus.

Indeks gas asli bagaimanapun merosot sebanyak 2.7 peratus.

Prestasi sektor elektrik terus meningkat sebanyak 7.1 peratus pada Julai 2016 selepas mencatat pertumbuhan 8.7 peratus pada bulan sebelumnya.

IPP bagi tempoh Januari-Julai 2016 berkembang sebanyak 3.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, disumbangkan kenaikan dalam semua indeks iaitu pembuatan (4.0 peratus), perlombongan (1.5 peratus) dan elektrik (8.6 peratus. - BERNAMA

Jabatan Perangkaan, IPP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain