suria

Worldwide Tawar Diskaun Hartanah Puncak Bestari

SAMBUTAN Aidilfitri selama sebulan mungkin sudah berakhir tapi Worlwide Holdings Bhd (Worldwide) tampil menawarkan potongan harga istimewa untuk hartanah Puncak Bestari melalui promosi Riang Raya Bonanza.

Pemaju hartanah mengadakan rumah terbuka di Galeri Jualan Puncak Bestari di Bandar Puncak Alam, Selangor baru­baru ini untuk memperkenalkan projek hartanah terbaharu mereka.

Pembeli dan bakal pembeli diberi peluang untuk meneroka kawasan sekitar sambil mengetahui lebih lanjut tawaran pemaju.

Sebagai sebahagian daripada promosi yang berlangsung sehingga 31 Ogos, Worlwide menawarkan tambahan tiga peratus potongan harga ke atas diskaun tujuh peratus khas kepada bumiputera untuk pembelian unit kediaman Cendana.

Selain itu, potongan tambahan dua peratus ke atas diskaun 10 peratus bumiputera turut ditawarkan untuk lot komersial Jati 4.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM126 juta, Cendana menawarkan 208 unit rumah teres dua tingkat.

Pengurus kanan projek Worlwide, Azmi Ali berkata, projek dua fasa itu merupakan projek kumpulan terakhir kediaman atas tanah dalam perbandaran Puncak Bestari.

“Fasa pertama sudah habis dijual, manakala 60 unit fasa kedua sedang dibuka untuk jualan,” kata Azmi, dan menambah bahawa unit­unit ini bakal menarik minat generasi muda kerana harganya yang mampu milik.

Direka bina dengan menitikberatkan pengudaraan yang lebih baik dengan ruang bilik yang luas untuk kediaman yang lebih selesa, projek ini dijangka siap sepenuhnya September ini.

Unit itu berharga RM608,888 ke atas, dengan keluasan 2,290 kaki persegi hingga 2,388 kaki persegi.

Jati 4 yang merupakan fasa keempat projek komersial di bandar itu menawarkan 31 unit pejabat dua tingkat dan lapan unit pejabat tiga tingkat.

Dengan keluasan 2,766 kaki persegi sehingga 9,990 kaki persegi, unit komersial itu berharga RM1.1 juta hingga RM4.5 juta.

“Projek Jati 4 kini siap 50 peratus pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun,” kata Azmi.

Bandar Puncak Bestari merangkumi kawasan seluas 50 hektar dengan campuran kawasan kediaman dan komersial yang seimbang.

Kawasan perumahan berkenaan dihubungkan melalui Lebuhraya Guthrie, Lebuhraya KL­Kuala Selangor Expressway (Latar), Jalan Batu Arang, Jalan Sungai Buloh dan Jalan Meru.

Ia turut dilengkapi kemudahan termasuk Masjid Puncak Alam, Tesco dan Universiti Teknologi Mara.

Untuk pembangunan masa depan di Bandar Puncak Alam, Azmi berkata Puncak Bestari 2 sudah dalam rancangan.

“Puncak Bestari 2 akan meliputi kawasan seluas 30 hektar dan galeri jualan dijangka siap pada November,” kata Azmi.

Untuk memastikan pembeli perumahan mendapat manfaat daripada belian, Worlwide menjual hartanah yang sudah 40 peratus siap pembinaan supaya pembeli mendapat untung melalui faedah simpanan.

Pemaju perumahan itu juga memberi tawaran istimewa lain seperti tiada bayaran muka dan kaedah pembayaran mudah.

Puncak Bestari, Azmi Ali

Artikel Lain