suria

Agro Bazar 1Malaysia Akan Diperkenalkan

Datuk Seri Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Agro Bazar 1Malaysia, yang akan menjual hasil pertanian pada harga rendah akan diperkenalkan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, konsep bazar ini menyerupai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan ia menjual produk segar seperti ikan, daging dan sayuran.

Katanya, pada peringkat awal, kementerian akan menukar 227 buah kedai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan 87 kedai Persatuan Nelayan Kawasan di seluruh negara kepada Agro Bazar 1Malaysia.

Beliau bercakap demikian semasa menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2015 peringakt jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain