suria

Sempoi 3 beranak kerja guard... pelajar UiTM “nak rasa apa yang abah rasa”, dah ‘kebal’ kena maki tapi kalau bapa tegur terus emo!

Tiga beranak bekerja sebagai pengawal keselamatan.

BEKERJA bersama keluarga pastinya membangkitkan suasana yang berlainan daripada kebiasaan.

Seperti seorang gadis ini, mencari rezeki bersama kedua-dua ibu bapanya dilihat begitu menyeronokkan.

Perwatakan ceria tiga beranak ini yang bertugas sebagai pengawal keselamatan meraih perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pak guard ini cemerlang UPSR, PT3, SPM, STPM... sanggup tinggal di asrama, naik van pekerja demi pengalaman makan gaji

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ada hari manja, adakala garang... akak guard tak kisah tangan 'berbelang', muka jerawat kerja tengah panas - "Ada masa saya buat rambut"

Nur Fiza Aina Zabri berkata, dia berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 di Petaling Jaya, Selangor, sejak tiga bulan lalu.

Gadis berusia 20 tahun itu memberitahu, dia kini bertugas di tempat itbersama bapanya berusia 63 tahun yang berpengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan sejak 2019.

"Saya baru je kerja guard. Abah (panggilan bapa) lebih lama setelah bersara sebagai kerani. Mak pula baru menceburkan diri berkhidmat sebagai guard.

"Saya dan ayah bekerja secara tetap, manakala mak jadi buffer (pengawal gantian) bagi menggantikan seorang guard warga Nepal yang bercuti.

"Secara kebetulan, mak ditempatkan bersama saya dan abah di hari pertama mak bertugas jadi guard. Itu yang nampak meriah dalam pondok pengawal," katanya kepada mStar.

guard 3 beranak 2

Aina (kiri) bersama ibu (tengah) dan bapa di tempat kerja.

Lebih mesra disapa Aina, katanya, dia mahu mencari pengalaman sebagai pengawal keselamatan sebagaimana yang dilakukan oleh bapanya.

"Saya tahu segelintir orang kata guard adalah kerja pilihan terakhir, tapi saya sendiri nak kerja jadi guard untuk cari pengalaman. Nak rasa apa yang abah saya rasa.

"Cabarannya bukan setakat berpanas, tapi juga berdepan dengan orang luar selain persepsi dipandang rendah hanya kerana kerja guard," ujarnya yang menetap di Klang, Selangor.

guard 3 beranak 3

Hubungan rapat tiga beranak.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, tiada masalah baginya bekerja sambil belajar dengan menguruskan masa untuk sesi terbuka dan jarak jauh (ODL).

"Saya masih mengikuti kelas online dan melakukan tugasan di rumah selepas balik kerja. Yang penting kena mengimbangkan masa kerja dan belajar," ujarnya yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu.

guard 3 beranak 4

Foto kiri Aina merupakan pelajar, kanan bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Mengakui dirinya sensitif dan mudah tersentuh, namun gadis ini berjiwa kental ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengawal keselamatan.

"Kena marah dan maki dengan orang luar tu perkara biasa. Lebih-lebih lagi dengan mereka yang tak sabar atau enggan beri kerjasama.

Segelintir orang kata guard adalah kerja pilihan terakhir, tapi saya sendiri nak kerja jadi guard untuk cari pengalaman

NUR FIZA AINA ZABRI

"Saya okay apabila berhadapan dengan orang luar, dalam kerja kena tegas. Saya bercita-cita nak jadi polis... nak jadi polis ni jiwa kena kental.

"Tapi saya sebenarnya hati tisu kalau dengan keluarga terutama dengan abah. Bila bekerja dengan abah, kadang-kadang kami tak sependapat. Saya pula masih muda ada juga keras kepala, jadi bila kena tegur tu rasa nak menangis," katanya yang suka menyanyi dan mengagumi bakat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Rossa.

guard 3 beranak 5

Aina mahu menimba pengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Aina bagaimanapun menyifatkan ketegasan bapanya sebagai lumrah dalam mendidik anak-anak selain komited dalam menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan.

"Di tempat kerja abah memang tegas dan garang, tapi dia sebenarnya seorang selamba dan suka berlawak. Mak juga sempoi, seorang yang happy-go-lucky.

"Jadi memang tak bosan kalau kerja berpanas dengan mak dan abah yang sekepala. Kerja pun rasa seronok," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain