suria

Koperasi Amanah Pelaburan Berhad sediakan peruntukan berjumlah RM500,000 bantu ahli terkesan musibah banjir

Semoga semua pihak yang diuji dengan musibah agar terus bersabar dan banyak memohon doa kepada Allah.

MUSIBAH banjir dihadapi rakyat Malaysia di kebanyakan tempat terutama di Lembah Klang sejak Sabtu lalu mengundang rasa duka semua pihak terutama bagi mereka yang mengalami kemusnahan harta benda dan kehilangan ahli keluarga.

Pelbagai pihak termasuk pasukan keselamatan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menggerakkan tenaga bagi membantu meringankan beban mangsa musibah ini selain bersedia dengan ancaman banjir yang bakal berlaku di Pantai Timur setiap kali tibanya musim tengkujuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian mangsa banjir... ada perkara perlu diberi perhatian ketika bersihkan rumah

Justeru, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) yang ditubuhkan pada 2014 turut mengambil bahagian untuk meringankan beban kira-kira 7,000 ahlinya jika ada dalam kalangan mereka menghadapi ujian berat ini.

Pengerusi Eksekutif dan Pengasasnya, Datuk Ilyas Mohamed berkata, koperasi itu memperuntukkan bantuan kewangan berjumlah RM500,00 bagi meringankan beban ahli yang terkesan akibat bencana ini.

“Justeru, atas sikap kemanusiaan dan rasa prihatin, KAPB berbesar hati terpanggil untuk menawarkan bantuan kepada ahli-ahli KAPB yang terjejas dalam bencana ini bagi meringankan beban mereka dengan menyediakan peruntukan bantuan kewangan yang bernilai RM500, 000 kepada ahli koperasi yang terjejas,” katanya.

Oleh itu, pihak KAPB meminta mana-mana ahli yang menjadi mangsa bencana banjir kali ini boleh menghubungi talian 03-2711 0050 atau 03-2711 0051 atau melayari laman web KAPB bagi tujuan penyaluran bantuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Perhatian! Dividen ASB 5 sen

Artikel Lain