Sekutu Azmin dijangka bergabung dengan parti politik baharu

Mantan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali. Foto: Bernama

SEKUTU Datuk Seri Azmin Ali dijangka akan menyertai parti baharu yang sedang dalam proses untuk ditubuhkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR itu akan mengetuainya.

"Tetapi pendaftaran menghadapi sedikit masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS)," kata sumber dalaman parti.

Katanya, parti baru itu diperlukan kerana beberapa permohonan keahlian untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

"Tambahan pula, kebanyakan pemimpin PKR, yang kebanyakannya berbangsa Melayu, tidak dapat ke mana-mana yang tidak membenarkan mereka membawa rakan-rakan yang berbilang kaum itu," kata sumber berkenaan.

Senarai nama pemimpin parti baharu yang disebut-sebut juga telah berlegar di media sosial.

Sumber itu juga mengatakan sekiranya pendaftaran parti baharu yang dicadangkan tidak dapat dilakukan, rancangan alternatif atau Plan B adalah mereka akan bergabung dengan bekas parti komponen Barisan Nasional yang berbilang kaum.

"Sama ada Plan A atau Plan B, tindakan keluar parti besar-besaran dapat dijangka dari PKR tidak lama lagi," tambahnya.

Salah seorang pemimpin dalam senarai parti baharu itu ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa 'beberapa rancangan' dan 'beberapa perbincangan kecil' mengenai perkara itu sedang berlangsung. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Azmin, sekutu, Bersatu, parti baharu

Artikel Berkaitan

Artikel Lain