Video seks: Haziq, 5 individu direman 6 hari - Semasa | mStar

Video seks: Haziq, 5 individu direman 6 hari

haziq
Haziq Aziz.

MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz sehingga 20 Julai bagi membantu siasatan polis berhubung video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Hakim, Namirah Hanum Mohamed Albaki pada Isnin mengeluarkan perintah reman terhadap Haziq di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 377B Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Haziq direman bersama lima individu lain.

Antara mereka yang ditahan adalah anggota PKR, V.Thirukumar, P.Arwin dan Noorhasmawi Mohamad Noor.

Dua lagi individu yang ditahan ialah S.Jeevand dan S.Moorthy. - The Star

video seks , Haziq Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain