Kenyataan rasmi ECRL diumum minggu depan - Semasa | mStar

Kenyataan rasmi ECRL diumum minggu depan

Lim Guan Eng.

KABINET akan mengumumkan kenyataan rasmi mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM81 bilion pada minggu depan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ketika menegaskan perkara itu pada Ahad, beliau turut menyifatkan pengumuman berkaitan sewajarnya dibuat dalam bentuk kenyataan bertulis kerana membabitkan sebuah projek mega.

"Maklumat mengenai projek itu akan diumumkan minggu depan dan saya berharap pihak media tidak memperbesarkannya... sila tunggu kenyataan rasmi,” katanya kepada pemberita di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Malah, kata Lim, pihak kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia juga telah dimaklumkan mengenai tarikh pengumuman rasmi mengenai ECRL tersebut.

Akhbar 'The Straits Time' Singapura baru-baru ini melaporkan bahawa Malaysia kini dalam proses mencari kontraktor baharu bagi menerajui projek ECRL selepas membatalkan kontrak yang diberi kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC).

Laporan yang memetik sumber itu berkata, Putrajaya juga berusaha untuk mengurangkan kos projek mega itu sehingga separuh daripada kos awal yang dianggarkan RM81 bilion. - BERNAMA

ECRL , Lim Guan Eng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain