suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan tidak akan ratifikasi ICERD - PMO

Kelihatan dua orang peserta mengangkat sepanduk ketika menyertai Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) anjuran Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS Pusat di Kompleks Sogo di Kuala Lumpur, 4 November lalu. Foto Bernama

PETALING JAYA: Kerajan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Kerajaan sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara, kata PMO dalam kenyataan media sebanyak dua perenggan pada Jumaat.

ICERD merupakan konvensyen di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berasaskan prinsip maruah dan kesamarataan, yang memperuntukkan setiap individu adalah sama rata dalam hal perundangan dan berhak mendapat perlindungan saksama daripada sebarang diskriminasi dan hasutan untuk mendiskriminasi.

Beberapa pihak secara terang-terangan menentang ICERD, mengatakan bahawa ia melanggar Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 153, yang menyentuh hak istimewa orang Melayu dan masyarakat Bumiputera di negara ini.

PMO, ICERD

Artikel Lain