Jho Low tipu Malaysia? Ini maksud Najib.... - Semasa | mStar

Jho Low tipu Malaysia? Ini maksud Najib....

Najib Tun Razak.

SHAH ALAM: Berita bertajuk Jho Low menipu saya atau Kita telah ditipu oleh Jho Low yang dipetik daripada wawancara eksklusif Sinar Harian bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menimbulkan pelbagai persepsi dikalangan pembaca.

Tidak mahu berdiam diri dan membiarkan rakyat terus salah faham tentang perkara itu, Najib tampil menjelaskan apa sebenarnya disebalik laporan berita berkenaan di akaun Facebooknya.

Najib berkata, adalah sangat mudah untuk mendapat persepsi yang salah apabila kita hanya membaca tajuk sahaja.

“Sebab itu betapa pentingnya untuk kita tonton keseluruhan temubual bagi memahami konteks jawapan saya dan bukan hanya tertumpu kepada satu bahagian sahaja sehingga hilang konteks keseluruhan jawapan.

“Untuk itu, saya ingin menjelaskan lebih lanjut mengenai salah satu tajuk mengenai temubual saya dengan Sinar Harian (secara live di Facebook) hari ini yang menggunakan tajuk ‘Jho Low menipu saya’ atau ‘Kita telah ditipu oleh Jho Low’,” katanya.

Najib berkata, tajuk itu timbul selepas moderator, wawancara eksklusif tersebut, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali bertanya "Adakah dengan ini kita mengakui kita telah ditipu oleh jutawan Jho Low ini?.

“Ini adalah soalan lanjutan daripada soalan mengena 1MDB. Berikut adalah jawapan saya: Ya, kalau begitu, memang kita (sudah ditipu), itulah kesimpulan kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini, itu sebenarnya.”

“Maksud saya ialah jika apa yang dinyatakan hari ini adalah satu kebenaran iaitu perkembangan-perkembangan baru yang kini meluas seperti pegawai tinggi Goldman Sachs didakwa oleh DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat) dan kerajaan Abu Dhabi menyaman Goldman Sachs maka jelas Jho Low telah menipu,” katanya.

Najib memberitahu, perlu diingat bahawa 1MDB tidak pernah berurusan secara terus dengan Jho Low dan setiap perjanjian dan pembayaran wang 1MDB ialah kepada JV urusniaga seperti PetroSaudi dan Aabar yang dimiliki oleh kerabat diraja ataupun kerajaan negara-negara masing-masing.

“Jho Low juga tidak pernah bekerja untuk ataupun mewakili1MDB. Sebaliknya, beliau mewakili pihak Arab kerana dari dulu lagi, beliau rapat dengan mereka.

“Itu yang saya jelaskan di wawancara dengan Sinar Harian,” katanya.

Najib menambah, isu 1MDB memang kompleks tetapi mereka yang mengkaji ataupun berpengetahuan dengan lebih mendalam pasti faham bahawa setiap aliran wang dari 1MDB yang didakwa hilang ialah selepas wang itu dipindahkan kepada ataupun dijamin oleh pihak Aabar dan pemiliknya, International Petroleum Investment Company  (IPIC).

Wawancara bersama Najib dikendalikan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian pagi Khamis. - Sinar Harian

Najib Tun Razak , Jho Low , 1MDB

Artikel Sebelum

Koo Ham miliki aset RM75 juta

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain