Nurul Izzah dinobatkan Wanita Paling Berpengaruh - Semasa | mStar

Nurul Izzah dinobatkan Wanita Paling Berpengaruh

nurul izzah
Nurul Izzah berharap anugerah tersebut akan membawa kepada pemerkasaan wanita di serata tempat.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar (gambar) telah dinobatkan sebagai Wanita Paling Berpengaruh oleh Influential Brands, sebuah organisasi 'think-tank' kepenggunaan.

Pengarah Urusan Influential Brands, Jorge Rodriguez berkata Nurul Izzah dianugerahkan pengiktirafan itu kerana sumbangan berterusannya untuk menggalakkan demokrasi dan keadilan.

"Kerja-kerja advokasi beliau yang sudah menjangkau lebih 19 tahun adalah penting dan memberi kesan kepada masyarakat serta menjadi teladan bagi banyak komuniti di Asia.

"Selain menjadi pemidato awam berkebolehan tinggi, pendekatan yang digunakannya menimbulkan rasa rendah hati, kerja keras, ketabahan, dan semangat yang sangat sepadan dengan ramai pemimpin perniagaan kami dan Ketua Pegawai Eksekutif terbaik," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Dalam kenyataan itu, anugerah tersebut disampaikan kepada Nurul Izzah pada edisi keenam Sidang Kemuncak CEO Asia 2018, yang diadakan di Marriott Hotel Tang Plaza di Singapura pada Selasa.

Nurul Izzah dipetik sebagai berkata, beliau menerima anugerah tersebut dengan harapan ia akan membawa kepada pemerkasaan wanita di serata tempat.

Beliau berkata ia adalah khusus untuk wanita Malaysia yang kuat terdiri daripada pelbagai kaum, pekerjaan dan agama dalam meneruskan pembaharuan untuk Malaysia yang lebih maju dan progresif.

"Lelaki biasa dan wanita Malaysia sentiasa memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan pembaharuan, penganugerahan ini sebenarnya milik mereka.

"Pengaruh kita hanya relevan selepas kita kemampuan kita memberi kuasa kepada mereka yang tidak (boleh) bersuara," katanya. - The Star

Nurul Izzah

Artikel Berkaitan

"Lama sudah kehadiranmu dinanti..."

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi