suria

Kontroversi pembelian tanah: Empat pegawai BNM diarah bercuti

KUALA LUMPUR: Empat pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) diarahkan bercuti sementara menunggu siasatan kes pembelian tanah bernilai RM2 bilion pada Januari.

Kesemua mereka diminta bercuti kerana pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan lebih terperinci mengenai cara penjualan itu dilakukan.

Pada Jun lalu, bekas Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim meletak jawatan berhubung kontroversi itu.

Kontroversi mengenai penjualan tanah itu timul selepas hasil jualannya didakwa digunakan untuk menyelesaikan beberapa liabiliti hutang 1Malaysia Development Bhd.

Isu yang timbul membabitkan harga dan kepantasan transaksi tersebut dilakukan.

Pada 4 Januari lalu, BNM dilaporkan membeli sebidang tanah berkeluasan 22.5 hektar daripada kerajaan bernilai RM2 bilion.

BNM, tanah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain