suria

Kerajaan jamin SST tidak bebankan rakyat macam GST

JOHOR BAHRU: Kerajaan tidak menolak kemungkinan bahawa harga barangan akan meningkat selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula.

Namun, kerajaan menjamin bahawa rakyat tidak akan rasa terbeban seperti yang dialami ketika pelaksaanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Chieng Jen.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, walaupun SST akan memberi kesan kepada harga sesetengah barangan, kos sara diri di Malaysia tidak akan jadi seteruk seperti ketika pentadbiran sebelum ini memperkenalkan GST.

"Saya nak tekankan anggaran cukai yang dikutip melalui SST atau apa yang dibayar oleh rakyat hanya RM20 bilion sahaja.

"Jika kita bandingkan jumlah ini dengan jumlah yang dibayar oleh rakyat semasa GST dilaksanakan, iaitu sebanyak RM44 bilion, ini bermakna rakyat akan bayar RM24 bilion lebih rendah kepada pihak kerajaan," tambah beliau.

Chong berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas merasmikan Program Keusahawanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru di sini pada Isnin.

SST

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain