suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas Gerik: Polis minta saksi tampil

Dalam kejadian itu, tiga beranak maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan lori balak. - foto Facebook

GERIK: Polis meminta saksi kemalangan maut melibatkan sebuah treler dan sebuah kereta Proton Saga di KM 59 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa dalam kenyataan berkata saksi perlu segera tampil di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nasapira Mat Kar.

Dalam kejadian pada 4.30 petang Ahad lepas itu, tiga sekeluarga antara empat yang maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kereta dan lori dengan muatan balak.

Mereka ialah pemandu kereta jenis Proton Saga BLM Mohd Nizam Suhaidin, 34; isterinya Nurhafizah Ismail, 34, dan seorang anak mereka Mohd Afiq, 6, serta pemandu lori Redzuan Abd Ghani, 59. - BERNAMA

kemalangan, Gerik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain