Cadangan Zainuddin tutup sekolah tahfiz terlalu radikal - Semasa | mStar

Cadangan Zainuddin tutup sekolah tahfiz terlalu radikal

KOTA BHARU: Cadangan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa untuk menutup sekolah tahfiz disifatkan terlalu radikal.

Yang Dipertua  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Yusri Mohamad (gambar) berkata pihaknya tidak bersetuju dengan saranan itu malah tafsiran jumud itu yang diberikan Zainuddin langsung tidak bertepatan dengan perkembangan semasa sekolah tahfiz seluruh negara.

“Saranan itu terlalu radikal. Sekolah tahfiz sekarang tidak sama dengan dahulu yang berjaya melahirkan pelajar berkemampuan dalam semua bidang pekerjaan.

“Tidak  boleh buat kenyataan begitu (jumud) dan tidak seharusnya menghukum keseluruhan pelajar tahfiz jumud hanya kerana segelintir bersikap demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Terbuka Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang turut dihadiri Pengarah Yadim Kelantan Mahadi Awang di sini, Ahad.

Majlis itu turut dimuatkan dengan sesi perbincangan meja bulat anggota jawatankuasa Majlis Amal Islami Malaysia (Maim) Kelantan berhubung isu dan masalah semasa negeri ini.

Yusri berkata sekolah tahfiz telah lama bertapak di negara ini dan sebarang kekurangan yang wujud dalam institusi berkenaan boleh diperbaiki dari masa ke semasa dan bukannya dengan mengambil tindakan drastik menutup institusi berkenaan.

“Perkara ini perlu dirujuk kepada orang yang ‘ahli' dalam bidang ini termasuk Kementerian Pendidikan bahagian Pendidikan Islam dan pakar akademik. Ini bukan bidang dia (Zainuddin),” katanya.

Zainuddin dalam blognya semalam meminta Mujahid menutup sekolah tahfiz sebagai usaha membawa keluar umat Islam daripada ‘amalan agama jumud'.

Beliau yang dikenali sebagai Zam dalam blognya turut mendakwa sekolah tahfiz di negara ini tidak memberi harapan kepada masa hadapan generasi baharu Islam. - Bernama

sekolah tahfiz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain