suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Mana ada kem-kem, tak ada… kami satu kem"

KAJANG: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan wujudnya dua kem atau kumpulan dalam kalangan anggota parti itu melibatkan beliau dan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pemilihan parti  pada Ogos ini.

Sebaliknya, Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata suaminya yang juga Ketua Umum parti itu serta anggota lain bergerak seiring dalam satu kem.          

"Mana ada kem-kem, tak ada… kami satu kem," katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Kajang, di sini pada Ahad.          

Baru-baru ini Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dilaporkan mendakwa wujud dua puak dalam parti dengan satu pihak mahu Dr Wan Azizah dikekalkan sebagai presiden manakala satu lagi mahu beliau berundur dan memberi laluan kepada Anwar, sebagai persediaan menggantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.          

Dakwaan itu turut diakui penganalisis politik Dr Ainul Adzellie Hasnul yang dilaporkan oleh akhbar tempatan semalam bahawa  kedua-dua kem berkenaan wujud dalam menghadapi  pemilihan PKR. - Bernama

PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain