suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga sekeluarga maut dalam nahas babitkan kereta, lori

GERIK: Tiga sekeluarga antara empat yang maut dalam nahas jalan raya  membabitkan sebuah kereta dan lori dengan muatan balak di Km59 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli,  di sini petang Ahad.

Mereka yang maut dalam kemalangan 4.30 petang itu dikenal pasti sebagai pemandu kereta jenis Proton Saga BML tersebut Mohd Nizam Suhaidin, 34; isterinya Nurhafizah Ismail, 34 dan seorang anak mereka Mohd Afiq, 6; serta pemandu lori Redzuan Abd Ghani, 59.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata kesemua mereka maut di tempat kejadian.

“Seorang lagi anak pasangan itu Nur Hanania mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Gerik untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan pada malam Ahad.  

Beliau berkata berdasarkan dokumen yang ditemui di lokasi kejadian, keluarga berkenaan berasal dari Machang, Kelantan manakala pemandu lori tersebut dari Jerteh, Terengganu.

"Semasa kejadian lori berkenaan dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik manakala kereta Proton tersebut dari arah bertentangan.

"Apabila tiba di tempat kejadian di laluan selekoh, dipercayai lori terbabit  hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Proton itu," katanya. - Bernama

kemalangan maut

Artikel Sebelum

Satu keluarga menangis

Artikel Berikut

Artikel Lain