suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertukaran alamat IC boleh dicetak semula atau kemas kini

Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Permohonan pertukaran alamat tempat kediaman terkini pada kad pengenalan boleh dilakukan secara mencetak pada kad pengenalan baharu atau mengemas kini maklumat tersebut dalam cip kad pengenalan sedia ada.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata kaedah penukaran alamat tersebut telah diperincikan pada Peraturan 15(2), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 seterusnya memperjelas kekeliruan sesetengah pihak berhubung isu pertukaran rekod alamat kediaman pada kad pengenalan yang tular di media sosial.

“Selaras dengan perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa, pertukaran alamat tempat kediaman pada kad pengenalan perlu direkodkan oleh JPN berdasarkan kepada permohonan daripada pemilik kad pengenalan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut JPN, cetakan alamat terkini pada kad pengenalan akan memerlukan gantian kad pengenalan baharu dengan kadar bayaran sebanyak RM10 manakala kemas kini rekod cip pada kad pengenalan sedia ada tanpa penggantian kad boleh dibuat dengan kadar bayaran sebanyak RM2.

Bagi memudahkan rujukan terutamanya berkaitan dengan urusan rasmi, slip maklumat kandungan cip akan dikeluarkan untuk setiap kemas kini alamat pada cip kad pengenalan sedia ada. - Bernama

kad pengenalan, MyKad

Artikel Sebelum

Artikel Lain