suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Urusan pengebumian dua pelajar Malaysia disegerakan - Konsulat

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan dua pelajar Malaysia terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jalan Garuda Sakti, Pekanbaru, Indonesia pada Ahad.

Dalam kenyataan pada Isnin, kementerian itu berkata kedua-dua mangsa, Mohammad Shaiful Bukhari Amat, 25, dan Ameer Hakimi Azman, 20, adalah pelajar Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN Suska) Riau.

Mereka berdua dikejarkan ke Rumah Sakit Aulia dan Rumah Sakit Umum Daerah Arifin Achmad untuk rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 5 petang waktu tempatan, jelas kenyataan itu.

Kementerian itu berkata Konsulat Malaysia di Pekanbaru sedia maklum tentang insiden itu dan ketika ini menghulurkan bantuan konsular yang diperlukan untuk mempercepatkan urusan pengebumian mangsa.

"Kementerian Luar ingin merakamkan ucapan takziah yang mendalam dan simpati kepada keluarga kedua-dua mangsa,”  jelas kenyataan itu.

Dalam kejadian pada 3.30 waktu tempatan, kedua-dua pelajar berkenaan yang menunggang sebuah motosikal dilaporkan terlanggar sebuah lori yang berhenti di tengah jalan di Pekanbaru, Riau.-- Bernama

Pekanbaru, UIN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain