suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi Tampil Beri Keterangan Kes Farid Kamil

PETALING JAYA: Penyanyi yang juga pengarah dan penerbit pengiklanan yang dikenali sebagai Firdaus yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penyalahgunaan dadah bersama pelakon Sofi Jikan seperti didakwa aktor Datuk Farid Kamil tampil memberi keterangan pada awal pagi Ahad.

Pemilik nama sebenar Ahmad Fairuz Ahmad Rosli, 47, itu tampil memberi keterangan pada pukul 5 pagi di Balai Polis Sentral Kulai, Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais mengesahkan kehadiran penyanyi itu dan prosedur mengambil keterangan percakapan telah pun dibuat.

"Mengenai perkara itu, polis sudah mengambil rakaman percakapan ke atas salah seorang lelaki tersebut di Balai Polis Sentral pagi tadi.

"Ujian air kencing ke atas lelaki berkenaan turut dijalankan namun keputusannya belum diperolehi serta tiada penahanan dibuat," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pada 8 Februari lalu, polis kini memberi tempoh selama dua hari kepada dua penyanyi dikenali sebagai Firdaus dan Taj tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Sebelum itu, Farid Kamil, 37, telah membuat satu laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur yang mendakwa dianiaya tiga rakan artis yang memasukan dadah dalam minumannya. - Sinar Harian

Farid Kamil, Kulai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain