suria

Diskaun Caj IWK Untuk Pengusaha Hotel Tidak Benar

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Selepas timbul dakwaan bahawa pengusaha hotel mendapat potongan bil perkhidmatan pembetungan, tetapi potongan tersebut tidak diberikan kepada pengusaha stesen minyak negara ini, pihak Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) tampil membuat penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman berkata, dakwaan yang dibuat oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) baru-baru ini berhubung caj tersebut adalah tidak tepat.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna Tandas Stesen Minyak Pun Kena Bayar

ARTIKEL BERKAITAN: "Boleh Caj Kalau 'Servis' Lima Bintang"

"Caj perkhidmatan pembetungan yang dikenakan kepada stesen-stesen minyak adalah berdasarkan kepada caj asas sahaja berbanding pengusaha hotel yang dikenakan caj asas berserta caj penggunaan air yang melebihi 100 meter padu.

“Caj asas adalah bergantung kepada maklumat nilai tahunan sesebuah premis yang diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Bagaimanapun, tiada caj penggunaan air berlebihan yang dikenakan ke atas pengusaha stesen minyak,” kata Faizal dalam satu kenyataan.

Menerusi laporan mStar Online sebelum ini, PDAM telah mengeluarkan kenyataan bahawa IWK memberi potongan bil kepada pengusaha hotel, tetapi tidak kepada pengusaha stesen minyak apabila diminta mengulas mengenai isu jualan kupon untuk penggunaan tandas di stesen minyak Shell di Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

Menurut Faizal, stesen minyak Shell berkenaan menggunakan sistem tangki septik individu dan berdasarkan rekod IWK, pengusaha stesen berkenaan tidak pernah menggunakan perkhidmatan IWK bagi mengosongkan tangki septik individu di stesen minyak tersebut.

“Maka tidak timbul sebab untuk mengaitkan IWK dengan isu caj penggunaan tandas sebanyak RM0.50 di stesen tersebut,” tambah Faizal.

Indah Water Konsortium

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiada Buku, Tiada Lesen Memandu!

Artikel Lain