suria

Kesan Tembakan Di Leher Mayat Lelaki

KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki berusia antara 20 hingga 25 tahun ditemukan dengan kesan tembakan di sebelah kiri leher di Kampung Lepan Anjung, Dabong, Kuala Krai pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning berkata mayat mangsa dipercayai bukan warga Malaysia itu ditemui terbaring di tanah oleh seorang penduduk sebelum 8 pagi ini.

"Mangsa dipercayai tertembak diri sendiri ketika turun dari bukit dengan menaiki motosikal apabila senapang yang dibawanya terhempas ke tanah,” katanya ketika dihubungi.

Siasatan di tempat kejadian menemui sepucuk senapang patah dan beberapa butir peluru di dalam sebuah beg dan poket seluar mangsa.Beliau berkata mayat  dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.- Bernama

Tembak, Leher

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain