suria

Jangan Biarkan Baitulmaqdis Dijajah!

Peserta perhimpunan aman berjalan menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat jumaat bagi membantah pengistiharan Amerika Syarikat bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara kepada negara Israel pada Perhimpunan Aman 'Selamatkan Baitulmaqdis' hari ini.-Bernama
KUALA LUMPUR: "Kami, rakyat Palestin tidak akan membiarkan Baitulmaqdis dijajah oleh Israel," tegas Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin, Muslim Imran.

Beliau berkata, seluruh rakyat Palestin membantah keputusan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memindahkan kedutaan Israelnya dari Tel Aviv, Israel ke Baitulmaqdis, Palestin.

Dengan nada tegas, seluruh rakyat Palestin kini sedang membuat bantahan di beberapa lokasi di Palestin bagi membantah keputusan Trump.

"Tidak ada harga untuk membeli Baitul Maqdis daripada Palestin. Masjid Al-Aqsa adalah milik Muslim manakala Baitul Maqdis adalah milik mutlak rakyat Palestin," katanya ketika Himpunan Aman Bantah Trump Umum Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Palestin Dan Pindah Kedutaan AS Ke Baitulmaqdis di hadapan Kedutaan AS, di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Muslim mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa membantu rakyat negaranya, daripada pelbagai aspek bagi memastikan masyarakat Palestin tidak berhenti berjuang.

Beliau juga menyeru kepada seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada AS sehingga negara itu membatalkan hasratnya yang dinyatakan, semalam.

"Seperti apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kita tidak akan sesekali membenarkan Baitulmaqdis menjadi ibu negara Israel yang baru."Insya-ALLAH, kemenangan pasti menjadi milik kita," tegasnya. - Sinar Harian

Baitulmaqdis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain