suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Di Katil Urut

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang memasukkan kepalanya ke dalam lubang katil urut mengundang padah apabila kepalanya tersangkut hampir setengah jam sebelum dapat dikeluarkan di sini, Selasa.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Mohd Shahlan Amrin berkata kejadian berlaku di kedai spa yang diusahakan ibu mangsa di Kampung Melayu, Kayu Ara, dekat Pontian.

Keluarganya memanggil pihak bomba pada kira-kira 4 petang setelah mereka gagal mengeluarkan kepala kanak-kanak berusia dua tahun itu.

"Sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bermain dengan adik perempuannya dengan masing-masing memasukkan kepala di dalam lubang tersebut.

“Adiknya dapat mengeluarkan kepalanya, tetapi kepala mangsa tersangkut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Shahlan berkata bomba terpaksa membesarkan lubang katil berkenaan untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Mangsa, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan, katanya.

kepala tersepit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain