suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Beradik Maut

Gambar hiasan.

TAIPING: Dua beradik lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan  jalan raya di KM203.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Hentian Sebelah Taiping, pagi Selasa.

Dalam nahas kira-kira pukul 4.35 pagi itu, R. Shankar Rao,13, maut di lokasi, manakala abangnya R.Vijaydren Rao,16, meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Taiping.

Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Razlam Ab Hamid berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Nissan Sentra yang dipandu ayah tiri mangsa N.K Shankar Ganesh,41, bergesel dengan sebuah lori yang belum dikenal pasti.

"Semasa kejadian, kereta berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani, Kedah.  Akibat daripada pergeseran itu, pemandu kereta berhenti di tengah lebuh raya sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah bas ekspres yang datang dari arah sama," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Razlam berkata pemandu kereta Nissan mengalami cedera ringan, manakala isterinya, R.Komathi,36, yang duduk di bahagian penumpang hadapan cedera parah, sementara pemandu bas berusia 53 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua yang cedera dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

kemalangan

Artikel Sebelum

Macam Nama Orang Vietnam

Artikel Berikut

Devasuria Lega Pulang Ke Tanah Air

Artikel Lain