suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shafie Apdal Ditahan SPRM

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal (GAMBAR) ditahan di sinibagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan projek pembangunan luar bandar yang bernilai RM1.5 bilion.

Shafie ditahan pada pukul 9 malam Khamis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lima jam memberi kenyataannya kepada agensi itu.

Beliau dijangka akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Jumaat untuk direman.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam baki mengesahkan penahanan tersebut.

Terdahulu, Shafie yang diiringi peguamnya, Martin Tommy dan Loretto Padua Jr tiba pada pukul 5.15 petang Khamis.

Hadir sama isteri Shafie, Datin Seri Shuryani Shuaib dan Naib Presiden Parti Warisan, Datuk Peter Anthony yang merupakan orang pertama ditahan oleh SPRM berhubung siasatan projek-projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Projek-projek tersebut dilaksanakan antara tahun 2009 dan 2015 apabila Shafie ketika mengetuai kementerian itu.

Terdahulu, Shafie tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.30 petang.

Shafie Apdal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain