suria

Promosi Telefon Wiko Sempena Merdeka, Hari Malaysia

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, telefon pintar Perancis, Wiko, mengadakan promosi hebat bermula 30 Ogos hingga 30 September depan.

Wiko Mobile Malaysia menawarkan promosi itu hanya kepada rakyat Malaysia dan pemastautin di negara ini yang membeli telefon pintar itu di kedai-kedai Wiko.

“Pembeli berkenaan berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah yang dianjurkan Wiko Mobile Malaysia,” kata syarikat itu dalam kenyataan di sini, Rabu.

Untuk menyertai cabutan bertuah itu, pembeli hanya perlu mengambil gambar resit dan melengkapkan slogan kurang daripada 20 perkataan di http://my-en.wikomobile.com dan berpeluang memenangi enam telefon pintar Wiko.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi itu, orang ramai boleh melayari laman web http://my.en.wikomobile.com atau Facebook di http://www.facebook.com/WikoMalaysia. -Bernama

telefon Wiko

Artikel Berikut

Artikel Lain