suria

Gangguan Seksual: Diplomat Asing Berdepan Tindakan

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri telah menerima maklumat melalui sumber kedua bahawa terdapat rakyat Malaysia telah diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing.

Walau bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan secara rasmi dikemukakan kepada kementerian, atau ke Jabatan Protokol yang mengendalikan hal ehwal Perwakilan asing di Malaysia.

Kementerian memandang serius tuduhan gangguan seksual ini, terutamanya yang melibatkan kor diplomatik di Malaysia.

Mana-mana individu yang menjadi mangsa jenayah oleh mereka yang dilindungi di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 perlu menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengemukakan aduan kepada Kementerian Luar Negeri.

Selain daripada talian telefon selepas waktu pejabat, individu berkenaan juga boleh menggunakan saluran emel [email protected] untuk menyampaikan aduan mereka.

Kementerian memberi menjamin bahawa walaupun ada kekebalan, namun masih terdapat jalan penyelesaian yang dapat memelihara kepentingan pengadu.

Kementerian akan menyusul tindakan ke atas tuduhan yang serius ini hingga ke penyelesaiannya.


Artikel Sebelum

Penyamun 'Makan' Peluru

Artikel Berikut

Artikel Lain