suria

Anugerah Kewartawanan Bunga Raya PM Tawar Hadiah Wang Tuniai

KUALA LUMPUR: Bermula tahun ini, Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar Bunga Raya Perdana Menteri (PMHA) akan menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemenang.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur PMHA Tan Sri Mustafa Mansur berkata jawatankuasa itu bersetuju untuk menawarkan hadiah berkenaan namun belum menetapkan jumlahnya yang akan diumumkan kemudian.

Mustafa berkata jawatankuasa itu turut mempertimbangkan untuk membuka kategori berkenaan kepada media dalam talian.

"Kami mengambil maklum peranan media dalam agenda pembangunan ekonomi yang penting ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mustafa juga berharap penyertaan daripada media tahun ini akan meningkat berbanding siri dwitahunan 2014/2015 iaitu hanya 18 penyertaan.

Sebelum ini, pemenang Anugerah Kewartawanan PMHA menerima hadiah untuk menghadiri sidang kemuncak alam sekitar di luar negara dengan semua perbelanjaan ditanggung.

Maklumat lanjut berkaitan PMHA boleh diperoleh menerusi laman web www.hibiscusaward.com. -- Bernama 


PMHA, Mustafa Mansur

Artikel Lain