suria

Chatime Kini Dikenali Tealive

Foto twitter @bernamadotcom

KUALA LUMPUR: Loob Holdings Sdn Bhd, pengusaha perniagaan minuman jenama Chatime telah menjenamakan semula 161 cawangannya kepada nama baharu, Tealive.

Ia juga komited dalam rancangan pengembangannya bagi tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings, Bryan Loo berkata, usaha itu melibatkan kos kurang dari RM10 juta.

Beliau memberitahu 161 cawangannya akan dijenamakan semula sebagai Tealive mulai Sabtu.

"Kita turut merancang untuk menambah cawangan dari 165 kepada 250 di Malaysia menjelang 2018 termasuk bilangan pelanggan dari 2.5 juta sebulan kepada lima juta," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Tealive di sini, Jumaat.

Bernama melaporkan pada awalnya Loob memiliki 165 cawangan tetai menurut Loo, 161 cawangan akan beroperasi di bawah jenama baharu itu dan empat lagi tidak akan dijenamakan semula.

Mengenai pengembangan secara global, Loo berkata, Loob akan menembusi pasaran Vietnam pada suku ketiga tahun ini, dan negara Asia yang lain dalam beberapa tahun akan datang.

Chatime, Tealive

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain