suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Sangat Sakit, Saya Disembur Cecair" Ungkapan Terakhir Jong-nam

PETALING JAYA: "Sangat sakit, sangat sakit, saya disembur cecair", itulah kata-kata terakhir Kim Jong-nam sejurus sebelum rebah selepas diracun dua wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Menurut China Press, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un itu berjalan kira-kira 15 minit ke kaunter perkhidmatan lapangan terbang bagi mendapatkan bantuan selepas diserang di aras empat dekat balai pelepasan pada Isnin lalu.

Memetik sumber polis, akhbar itu pada Jumaat melaporkan bahawa Jong-nam menyuarakan rasa sakit pada wajahnya semasa mengeluarkan ungkapan terakhir dalam bahasa Inggeris.

Beliau kemudiannya hanya mengerang kesakitan.

Kakitangan kaunter perkhidmatan memanggil polis bantuan untuk membantu membawa lelaki warga Korea Utara itu ke klinik di aras tiga lapangan terbang.

Bagaimanapun, beliau tidak sedarkan diri.

Doktor di klinik kemudian mengarahkan supaya Jong-nam dipindahkan ke Hospital Putrajaya berikutan keadaan yang dialaminya begitu serius.

Bagaimanapun, Jong-nam meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Kim Jong-Nam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain