suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Mula Penuhi Kawasan Bilik Mayat Hospital Putrajaya

PUTRAJAYA: Ramai wartawan telah pun memenuhi sekitar kawasan bilik mayat Hospital Putrajaya ketika pihak berkuasa terus menjalankan siasatan mengenai bagaimana Kim Jong-nam dibunuh.

Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un meninggal dunia selepas diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (KLIA2) pada Isnin.

Media tempatan dan antarabangsa, yang mana sesetengah daripada mereka telah 'berkampung' di sini sepanjang malam, masih dihalang daripada memasuki kawasan bilik mayat, dengan pengawal keselamatan hospital membuat sekatan di pintu masuk.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali dilihat tiba di rumah mayat dengan sebuah kereta bersama pasukan penyiasat dan polis pengiring sekitar jam 8 pagi Rabu.

Jong-nam dipercayai telah dibunuh oleh dua perisik wanita yang menyerangnya dengan cara menyimbah racun sebelum beliau mahu mengambil penerbangan ke Macau.


Jong-nam, 45, terbunuh apabila dua wanita itu menyimbah mukanya, dipercayai dengan bahan kimia di balai berlepas lapangan terbang itu kira-kira pukul 9 pagi Isnin.

Wanita itu kemudian menaiki teksi dan melarikan diri.


Jong-nam dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari dan mahu meninggalkan negara ini apabila dia diserang oleh perisik wanita tersebut.
kes bunuh, Kim Jong-nam, Kim Jong-un

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain