suria

Tiga Termasuk Dua Budak Maut Terperangkap Dalam Kebakaran

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak dan seorang wanita terkorban akibat terperangkap dalam satu lagi kejadian kebakaran rumah di Kepong, dekat sini.

Mangsa dikenali sebagai Lam Yan Yi, 7 dan Ng Zi Xuan, 10 dan wanita warga asing, Sok Srey, 29.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Wangsa 2/4, Taman Wangsa Permai pada kira-kira pukul 11.20 malam, Isnin.

"Dua jentera dengan 20 anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati tingkat bawah rumah dua tingkat itu terbakar.

"Kami juga dimaklumkan tiga mangsa terperangkap di tingkat atas rumah itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran dan cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

"Bahagian bawah rumah itu 80 peratus musnah dalam kebakaran itu dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Awal bulan ini, empat sekeluarga maut dalam kebakaran rumah di USJ2, Subang Jaya.






Taman Wangsa Permai, bomba

Artikel Lain