suria

9 Komando 69 Cedera Akibat Letupan

GAMBAR HIASAN

LUMUT: Sembilan anggota komando 69 cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah bot di Jeti Pangkalan Polis Marin di Kampung Acheh, Sitiawan, dekat sini hari pada Isnin.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu melibatkan sebuah bot Kerambit 3 yang digunakan untuk kursus pengendalian bot membabitkan enam peserta, dua jurulatih dan seorang mekanik.

Menurut agensi berita Bernama yang memetik kenyataan sumber, satu daripada enjin bot berkenaan tidak dapat dihidupkan dan kerja penyelenggaran dijalankan sebelum enjin dapat dihidupkan, namun telah menyebabkan letupan.

Sumber memaklumkan semua mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung dengan dua daripadanya berada dalam zon merah (kritikal), enam dalam zon kuning (separa kritikal) dan seorang dalam zon hijau iaitu tidak kritikal.

Komando 69

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain