Anggota Polis Dipenjara, Didenda Cuba Terima Rasuah - Semasa | mStar

Anggota Polis Dipenjara, Didenda Cuba Terima Rasuah

GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM: Dua anggota polis masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas didapati bersalah cuba memperoleh suapan RM6,000 daripada seorang lelaki, lima tahun lepas.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan tertuduh, Lans Koperal Joe Stephen, 31, dan Konstabel Mohd Farid Che Aziz, 33, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Asmadi turut memerintahkan kedua-dua anggota polis itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dipenjara enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda.

Mereka didakwa bersama-sama cuba memperoleh suapan wang tunai RM6,000 daripada Lee Yong Hock sebagai dorongan untuk melepaskan Lee daripada diambil tindakan bagi kesalahan dikehendaki polis dan memiliki kereta seludup,

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Balai Polis Pandamaran, Klang dekat sini, kira-kira 4.30 pagi pada 3 April 2012.

Joe dan Mohd Farid didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi. - BERNAMA

Rasuah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?